fbpx
CUNHA (kanan) meraikn jaringan keduanya ketika bantu Brazil menang 3-0 ke atas Haiti, sebentar tadi. - AFP

Piala Dunia 2026: Brazil mudah atasi Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PHILADELPHIA – Juara dunia lima kali, Brazil tidak berdepan masalah untuk mengesahkan kemenangan 3-0 ke atas Haiti pada aksi kedua Kumpulan C, sebentar tadi.

Pada aksi kali ini, Matheus Cunha menjadi pemain paling menyinar apabila menyumbangkan dua gol diikuti satu daripada Vinicius Jr.

Keputusan itu juga menyaksikan Haiti muncul pasukan pertama yang tersingkir daripada kejohanan kali ini.

Terdahulu, Brazil terpaksa menanti hingga minit ke-23 untuk membuka jaringan menerusi Cunha sebelum meledak gol kedua, 13 minit kemudian.

Sebaik aksi memasuki masa tambahan, Brazil makin selesa, menyaksikan Vinicius merobek gawang Haiti buat kali ketiga.

Mengambil kira kedudukan sudah pun selesa, skuad kendalian Carlo Ancelotti mula memperlahankan tempo permainan sekali gus menyaksikan perlawanan berakhir 3-0 berpihak kepada Brazil. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN