fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat nak oleh @Mtiqaan di laman Instagram.

[VIDEO] Bacaan al-Quran Ustazah Radhiah dipuji ‘sempurna’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA -Tenaga pengajar daripada Maahad Tahfiz al-Itqaan, Ustazah Radhiah Mohd Shafie menerima pujian daripada tokoh qiraat antarabangsa, Sheikh Dr Ayman Rushdi Suwayd selepas membacakan ayat al-Quran dengan sempurna.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @Mtitqaan di Instagram, bacaan Ustazah Radhiah itu diperdengarkan dalam program ‘Musabaqah As-Sufara’.

Difahamkan, platform ini dianjurkan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang al-Quran serta meningkatkan keyakinan mereka dalam memperdengarkan bacaan dengan tajwid dan tartil yang betul.

Di samping itu, ia juga bertujuan memupuk kecintaan terhadap al-Quran dan melahirkan generasi yang bukan sahaja mahir membaca, malah memahami keindahan ilmu tajwid.

Setelah mendengar bacaan tersebut, Sheikh Dr. Ayman Rushdi Suwayd memberikan komen membanggakan terhadap Radhiah dan menganggap bacaan yang diperdengarkan itu merupakan bacaan sempurna.

“Bacaan anda adalah sangat sempurna daripada sudut makhraj huruf, sifat huruf serta sifat bagi setiap huruf secara berasingan.

“Bahkan, ketepatan bacaan juga terserlah pada sifat yang terhasil daripada penggabungan huruf, seperti idgham, ikhfa’, iqlab dan seumpamanya,” ujarnya

Beliau juga menasihati Radhiah untuk menjadi seorang guru yang mengajar bacaan al-Quran agar dapat memberi kebaikan kepada Muslimah di negara ini.

“Alangkah baik jika anda mengajar al-Quran. Mengajarlah. Ajarlah dan berilah manfaat kepada adik-adik muslimah anda di Malaysia. Semoga Allah memberkati anda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maahad Tahfiz Al-Itqaan (@mtitqaan)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN