fbpx
Jusoh (duduk, tiga dari kiri) bersama ahli keluarganya selepas dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Berdamping al-Quran petua ingatan kuat Tokoh Maal Hijrah 95 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Amalan membaca al-Quran setiap hari menjadi rahsia akal dan ingatan Jusoh @ Muda Ismail yang dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Terengganu tahun ini kekal kuat dan tajam biarpun sudah berusia 95 tahun.

Bekas hakim pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan tersebut berkata, ayat-ayat al-Quran mengandungi semua panduan dan doa untuk kesejahteraan kehidupan seharian termasuk kesihatan diri dan kemurahan rezeki.

“Jangan tinggal baca al-Quran setiap hari, biarkan al-Quran itu menjaga kita sentiasa.

“Jangan benarkan yang lain seperti telefon bimbit dan hobi memancing mengawal (kehidupan) kita,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Jusoh berkata, beliau yang mempunyai lima anak, 26 cucu dan 17 cicit telah mengajar al-Quran selama lebih tujuh dekad bermula sejak masih bergelar pelajar di Madrasah Arab Zainal Abidin di sini lagi.

“Alhamdulillah saya masih mengajar al-Quran di rumah di Bukit Payong, Marang setiap hari sehingga hari ini.

“Saya juga pernah dilantik sebagai salah seorang hakim pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dari tahun 1991 hingga 2007,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN