fbpx

Mines Waterfront kini sah di bawah Grand Wellness Hub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu mesyuarat telah diadakan pada awal Februari lalu antara Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) Cawangan Selangor, wakil daripada Grand Wellness Hub Sdn Bhd (Grand Wellness Hub), Fresh Avenue Sdn Bhd dan Extra Value Sdn Bhd beserta Baker Tilly Insolvency Plc, pelikuidasi yang dilantik bagi Mines Waterfront Business Park Sdn Bhd. (Mines Waterfront).

Melalui mesyuarat tersebut, Grand Wellness Hub telah mengambil pendirian untuk menyelesaikan pemiutang tidak berjamin di bawah proses pelikuidasian Mines Waterfront.

Baker Tilly telah mengakui dan bersetuju bahawa resolusi akan diteruskan berdasarkan pembayaran kepada pemiutang tidak berjamin manakala Grand Wellness Hub akan melaksanakan pembayaran tersebut selaras dengan perlindungan di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat, berdasarkan kedudukan tersebut dan selaras dengan keperluan serta prosedur statutori, Baker Tilly telah menyatakan bahawa ia akan menarik diri daripada peranan sebagai pelikuidasi.

Perkara ini telah direkodkan dengan sewajarnya di hadapan wakil MDI dan akan dikemukakan ke mahkamah, dan penarikan diri Baker Tilly akan diteruskan mengikut proses undang-undang.

“Lembaga Pengarah percaya dan ingin memaklumkan bahawa, susulan perkembangan ini dan penyerahan kepada mahkamah, kawalan dan pengurusan Mines Waterfront  akan kembali dan kekal di bawah kuasa Syarikat.

“Hasil ini mencerminkan komitmen yarikat terhadap penyelesaian yang sah di sisi undang-undang, perlindungan pemiutang serta tahap integriti korporat yang tertinggi,” jelas syarikat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN