fbpx
Fuziah (duduk, dua dari kiri) bercakap pada sidang akhbar selepas sesi Walkabout Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Zon Timur di pekarangan Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu hari ini.

PKR mahu tahu hasrat sebenar kenyataan Rafizi – Fuziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunggu jawapan daripada bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli yang sebelum ini membuat kenyataan akan bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan bukan atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiuasaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, surat tunjuk sebab sudah dikeluarkan kepada Rafizi pada 23 Februari lalu untuk memberi peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana PKR tidak mahu membuat sebarang keputusan tanpa mengikut perlembagaan parti.
“Melalui surat tunjuk sebab itu, tempoh masa lima hari diberikan untuk menjawab berkenaan dengan hasrat sebenar beliau selepas mengeluarkan kenyataan tersebut (bertanding kerusi Parlimen Pandan bukan atas tiket PKR).

“Perlembagaan parti ada mempunyai Fasal berkenaan seseorang itu mahu keluar daripada parti. Kita mahu tahu sama ada betul itu hasrat beliau atau sebaliknya. Itu sahaja,” katanya selepas sesi Walkabout Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Zon Timur di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini hari ini.

Fuziah memberitahu, justeru, pihaknya akan menunggu sehingga tempoh lima hari kerana ia memberi peluang kepada Rafizi dan tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru tanpa penjelasan beliau.

“Insya-allah, perbincangan atau keputusan akan dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mac ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi berhubung kenyataannya mengenai hasratnya mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16, namun bukan dengan tiket parti itu.

Kenyataan Rafizi yang berhasrat untuk bertanding bukan dengan PKR itu disampaikan melalui satu wawancara baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan menerima surat tunjuk sebab daripada PKR semalam atas alasan beliau telah mengisytiharkan keluar parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI