fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ular sawa berenang dalam air banjir. - X

Jaga-jaga, ular sawa berenang dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DENPASAR – Satu video tular di media sosial memaparkan seekor ular sawa berenang dalam air banjir ketika daerah pelancongan Pulau Dewata di Bali ditenggelami air, lapor laman berita Berita Satu semalam.

Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu lalu menyebabkan Pulau Bali mengalami banjir besr dengan kawasan seperti Kuta, Legian dan Seminyak di pantai barat daya dilaporkan ditenggelami air sedalam antara 30 hingga 70 sentimeter.

Di tengah-tengah situasi itu, kemunculan seekor ular sawa gergasi yang dirakam sedang berenang di jalanan menambahkan lagi panik dalam kalangan penduduk. 

Video itu dengan pantas menjadi tular dan menjadi topik perbualan di pelbagai platform media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI