fbpx
Rais ketika mengadakan sidang akhbar selepas Persidangan DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Sidang DUN Melaka : Banjir berlarutan 30 tahun, 22 hot spot telah diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jumlah hot spot banjir di Melaka berjaya dikurangkan daripada 124 kepada 102 lokasi hasil pelaksanaan pelbagai projek tebatan banjir, penyelenggaraan saliran serta tindakan segera kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pengurangan sebanyak 22 hotspot itu membuktikan usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan mula membuahkan hasil. 

Bagaimanapun, katanya, jumlah hot spot berkenaan boleh kembali meningkat sekiranya pembangunan tidak dikawal dengan baik, terutama projek yang gagal mengambil kira kapasiti sistem saliran sedia ada.

“Dulu kita ada 124 hot spot banjir, sekarang hanya tinggal 102 hotspot yang masih dikenal pasti.

“Ini menunjukkan segala usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri telah memberi kesan positif, namun hotspot boleh bertambah semula jika pembangunan tidak dirancang dengan baik,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. 

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menyatakan akan mengkaji penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah banjir yang membelenggu beberapa kawasan di negeri ini sejak lebih 30 tahun lalu, susulan kejadian hujan luar biasa yang mengakibatkan banjir di tiga daerah baru-baru ini.

Rais berkata, antara faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir ialah pembangunan di kawasan tanah tinggi yang menyebabkan aliran air menghala ke kawasan penempatan di bahagian bawah. – KOSMO! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN