fbpx
Badan lori itu tenggelam dalam keadaan menegak. - ABC6

Lori terjungkat ditelan lubang benam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRENTON, NEW JERSEY – Sebuah lori jungkit ditelan lubang benam gergasi ketika ia dalam perjalanan untuk membaiki satu lagi lubang benam berhampiran di negeri New Jersey, lapor akhbar New York Post. 

Lubang benam itu muncul secara tiba-tiba di Phillipsburg berhampiran sempadan negeri Pennsylvania, baru-baru ini. 

Lori itu ditelan ketika dalam perjalanan untuk menghantar tar bagi menurap sebuah lubang benam berhampiran, kira-kira 9 meter dari lokasi kejadian. 

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan badan lori itu ‘tenggelam’ dalam keadaan menegak, dengan hanya kepala kenderaan tersebut menjulur keluar ke atas jalan raya. 

Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada saluran paip utama dan menyebabkan berpuluh-puluh pelanggan terputus bekalan air, demikian menurut syarikat utiliti tempatan, Aqua New Jersey. 

Pemandu lori mengalami kecederaan ringan dan dirawat di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan, kata Jabatan Polis Phillipsburg.

Semantara itu, lubang benam kedua menelan sebuah kereta, namun ia berjaya dikeluarkan, demikian menurut stesen penyiaran WFMZ. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN