fbpx
Anggota penguat kuasa memeriksa sebuah lori dalam Operasi Bersepadu Bersih Siri 5 Tahun 2026 di sekitar Jalan Kuching, Rabu lalu. - Foto DBKL

Lori, treler gagal patuhi etika kebersihan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kebanyakan kenderaan terutama kenderaan yang membawa muatan berat seperti lori dan treler tidak mematuhi etika kebersihan jalan raya dan seterusnya menyebabkan pencemaran serta gangguan kepada keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya lain.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan Tindakan Operasi Bersepadu Bersih Siri 5 Tahun 2026 di sekitar Jalan Kuching, Rabu lalu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, Operasi Bersepadu Bersih dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan terurus.

Menurutnya, menerusi siri pemeriksaan yang telah dijalankan bersama agensi sahabat, sebanyak 80 kenderaan diperiksa.

“DBKL mengeluarkan sejumlah 20 kompaun terhadap kenderaan yang telah membuat kesalahan antaranya seperti tiada permit laluan angkut bahan binaan, tidak menutup kenderaan yang membawa muatan dengan sempurna, gagal menjaga kebersihan kenderaan semasa menggunakan jalan raya.

“Tindakan kompaun dikeluarkan menerusi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997,” katanya, hari ini.

Tambah DBKL, JPJ mengeluarkan 15 kompaun manakala JAS mengeluarkan tujuh notis atas pelbagai kesalahan termasuk kepada pemandu kenderaan semasa operasi bersepadu itu dilaksanakan menerusi akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN