fbpx
MAYAT bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dibalut dengan kain telekung ditemui di sebuah tandas awam di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka, pagi tadi.

Remaja 18 tahun disyaki buang mayat bayi di tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun susulan penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat dibalut dengan kain telekung di tandas awam wanita di Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai merupakan ibu kepada bayi tersebut dan ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Suspek yang masih bujang dikatakan mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi di rumah keluarganya.

“Bayi tersebut bagaimanapun didakwa tidak bernyawa dan suspek telah menaiki motosikal untuk meninggalkan mayat anaknya itu di tandas awam yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediamannya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, keluarga suspek turut dikatakan tidak mengetahui bahawa remaja tersebut hamil dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Kosmo! pagi tadi melaporkan mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain telekung di dalam tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Kejadian disedari kira-kira pukul 9.40 pagi oleh seorang pekerja pembersihan yang menemui sebuah beg mencurigakan dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem turut dilihat hadir ke lokasi dan meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI