fbpx
Azhar Idrus.

Dapat derma RM4 juta, ‘baham’ RM1 juta, lama-lama kayalah – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah individu atau kumpulan yang menggunakan duit kutipan derma atau sumbangan orang ramai untuk kepentingan sendiri adalah haram.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ketika ini ramai yang berebut-rebut menganjurkan kutipan derma untuk pondok ataupun pusat pengajian Islam, namun duit tersebut tidak sampai ke pihak sepatutnya.

“Ramai sangat nak tolong pondok, tapi baham pitis (ambil duit untuk diri sendiri). Sebab itu buat kerja biar betul.

“Sepatutnya upah pengurusan hanya dua atau tiga peratus sahaja. Ini tidak upah pengurusan sahaja 30 peratus. Contoh kutipan derma dapat RM100,000, upah sahaja sudah RM30,000.

“Itu bukan pengurusan, biar kita ikhlas dalam membantu. Ikhalas itu penting, biar kita guna duit kita juga dan (sedikit) duit sumbangan untuk perkhidmatan (kos) upah,”katanya dalam sesi ceramah sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, apabila sudah selesa menggunakan duit sumbangan tersebut membuatkan kita mudah lupa dengan tujuan asal kutipan derma tersebut.

“Bukan kita nak tuduh (penganjur derma). Jadi NGO dan sebagainya kadang-kadang dapat sumbangan besar contoh empat juta sebulan, ambil kat dia (penganjur) sejuta (konon untuk bayar gaji dia dan staf).

“Lama-lama kaya gitu je dia (penganjur),”kata Azhar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN