fbpx
SEORANG pemotong rumput maut kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kota Tinggi-Kulai, Kota Tinggi, hari ini

Pemotong rumput maut, dilanggar pemandu lalok dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pemotong rumput menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori yang dipandu lelaki dipercayai positif dadah di Kilometer (KM) 34.5, Jalan Kota Tinggi-Kulai di sini pagi tadi.

Kemalangan pada pukul 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Yasin Abdul Hashim, 27, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila lori jenis Hino yang dipandu lelaki berusia 46 tahun membelok kiri tanpa mnyedari kehadiran motosikal mangsa di sebelah kiri.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa parah di kepala. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan pemuda itu meninggal dunia. Drebar lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga hingga 10 tahun dan didenda RM20,000 selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI