JAKARTA – Indonesia mengharamkan aktiviti menunggang gajah, menjadikannya negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan sekatan itu demi menjaga kebajikan haiwan, lapor akhbar Arab News.
Negara tersebut yang menempatkan spesies terancam termasuk gajah Sumatera dan Borneo, pertama kali mengumumkan larangan itu pada Disember tahun lalu.
Pihak berkuasa melaksanakan pemantauan pematuhan terhadap sekatan secara berperingkat sejak awal tahun ini.
Larangan itu dibuat susulan gesaan meluas dengan kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan media sosial untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai lokasi yang masih menawarkan aktiviti sedemikian, terutamanya di Bali.
Semua pusat pemuliharaan di Bali termasuk Zoo Bali dan Mason Elephant Park & Lodge secara rasmi mengharamkan aktiviti tersebut pada akhir Januari, demikian menurut Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Bali.
“Terdapat permintaan tinggi daripada pengunjung dan pelancong yang tertarik dengan aktiviti tersebut walaupun cuma 10 hingga 15 minit.
“Namun, berdasarkan pemantauan terbaharu kami, kelima-lima pusat pemuliharaan di Bali mematuhi larangan dan tidak menawarkan aktiviti menunggang gajah kepada pengunjung,” kata ketua agensi berkenaan, kata Ratna Hendratmoko. – AGENSI














