fbpx
PENYERANG Norway, Erling Haaland (kanan) nyata sukar disekat apabila menyumbangkan dua gol untuk tewaskan Brazil 2-1. - AFP

Piala Dunia 2026: Giliran Brazil jadi mangsa ‘amukan’ Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

NEW YORK – Dua dol daripada Erling Haaland memacu kejayaan 2-1 Norway ke atas juara dunia lima kali, Brazil pada aksi pusingan 16 Piala Dunia 2026 di Stadium New Jersey, hari ini.

Lebih menarik, dua jaringan ini juga membolehkan Haaland kekal menjadi pencabar kepada Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam perebutan kasut emas, menyaksikan ketiga-tiganya kini sudah menghasilkan tujuh gol.

Norway membuktikan reputasi besar Brazil tidak pernah menghadirkan rasa gerun dan kini mengekalkan rekod baik ke atas gergasi Amerika Selatan itu di pentas Piala Dunia.

Keputusan ini berjaya mengulangi pencapaian 28 tahun lalu yang menyaksikan Norway turut meraih kemenangan 2-1 ke atas Brazil pada aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 1998.

Terdahulu, kegagalan Bruno Guimaraes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13 seperti menjadi bayangan kekecewaan buat Brazil pada penampilan kali ini.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan seakan tidak menemui sebarang jawapan sepanjang 45 minit apabila terikat tanpa jaringan hingga wisel dibunyikan.

Haaland terpaksa menanti hingga minit ke-79 membuka jaringan sebelum penyerang Manchester City itu merobek gawang Brazil buat kali kedua pada minit ke-90.

Brazil hanya mampu merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Neymar pada masa kecederaan, namun jaringan itu nyata sudah terlalu lewat untuk mengelakkan daripada tersingkir. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN