fbpx
Tangkap layar kejadian tular tersebut.

[VIDEO] Dua warga asing buat hal di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing yang tular menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian itu.

“Susulan video tular tersebut, JSPT Kuala Lumpur sedang mengesan kedua-dua individu terbabit dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal juga mendapati beberapa kesalahan lain mungkin dilakukan termasuk menunggang motosikal tanpa lesen memandu, membenarkan individu yang tidak memiliki lesen menggunakan kenderaan, selain cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta membuat aduan kepada JSPT atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Maklumat yang disalurkan hendaklah disertakan nombor pendaftaran kenderaan, lokasi kejadian dan jika ada, rakaman video sebagai bukti bagi membantu siasatan.

“Tindakan pantas orang ramai boleh mengelakkan kehilangan bukti serta memudahkan tindakan penguatkuasaan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan dua lelaki warga asing menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar berhampiran Endah Parade di Kesas. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN