fbpx
Meerqeen menepis dakwaan kononnya bercuti bersama kekasih di Bali, Indonesia selepas tular beberapa foto di media sosial.

‘Ramai orang di situ’ – Meerqeen nafi bercuti dengan GF di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Meerqeen tampil menepis dakwaan kononnya bercuti bersama kekasih di Bali, Indonesia selepas tular beberapa foto di media sosial.

Pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqee Shaiful Izam, 25, itu berkata, dakwaan mengaitkannya dengan seorang wanita hanya kerana mereka berada di lokasi sama merupakan tuduhan tidak berasas.

“Bukan saya hendak mempertahankan diri, tetapi awak tahu tak bagaimana konsep acara itu? Ramai orang berada di situ.

“Perempuan itu bukan pasangan saya atau apa-apa. Saya sudah penat dengan benda macam ini. Pergilah cari perkara yang boleh menggembirakan hati,” katanya dalam respons kepada satu hantaran di Threads.

Sebelum ini, beberapa gambar Meerqeen ketika menghadiri acara di Bali tular dalam media sosial sehingga mencetuskan dakwaan dia sedang bercuti bersama seseorang.

Difahamkan aktor itu di pulau peranginan tersebut bagi menghadiri sebuah acara bersama beberapa rakan artis.

Pada hantaran sama, pelakon filem Klepet itu turut berharap pihak berkaitan menghentikan tabiat mencari kesalahan orang lain.

“Jangan asyik mencari kesalahan orang. Saya tidak benci awak, tetapi tolonglah berhenti,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai tampil mempertahankan aktor terbabit selain menyifatkan tuduhan dilemparkan sebagai keterlaluan.

“Sudah kehabisan modal ke? Asal duduk sebelah perempuan sahaja terus kata bercinta, asal Meerqeen sahaja semua salah. Kalau orang lain boleh, semua halal kecuali Meerqeen,” kata seorang netizen.

Seorang lagi pemilik akaun Threads turut meluahkan rasa kurang senang apabila setiap pergerakan pelakon itu dirakam sebelum dimuat naik ke media sosial.

“Bukanlah hendak cakap Meerqeen itu maksum, tetapi penatlah apabila semua benda hendak diambil gambar, dirakam skrin atau tangkap layar sebelum dimuat naik ke Threads,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN