fbpx
TANGKAP layar menunjukkan seekor gajah menyerang bas tentera. -AGENSI

Gajah ‘serang’ bas tentera Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sebuah bas membawa anggota Tentera Udara Sri Lanka berdepan detik cemas apabila diserang seekor gajah liar dalam kejadian di bandar Kirinda, selatan negara berkenaan, lapor portal Wion.

Menurut sumber tempatan, gajah liar itu bertindak agresif dengan merempuh cermin hadapan serta memecahkan pintu penumpang kenderaan tersebut, baru-baru ini. 

Walaupun bas itu mengalami kerosakan struktur yang agak teruk, tiada sebarang kecederaan membabitkan penumpang dilaporkan. 

Insiden membabitkan gajah bukanlah kali pertama di Sri Lanka. 

Sebelum ini, tular  video menunjukkan seekor gajah liar menterbalikkan sebuah van penumpang untuk menyelongkar buah-buahan dan bekalan makanan di dalamnya.

Dalam kejadian lain, seekor lagi gajah liar menyerang sebuah van mini dekat Taman Negara Yala. 

Gajah itu mencabut pintu kenderaan untuk mencari snek selepas penumpang cuba memberi ia makan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN