fbpx
Pihak berkuasa menjalankan siasatan selepas sebuah butik Rolex di tengah London dipecah masuk semalam. - John Dunne

Naik motosikal rompak butik Rolex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Segerombolan perompak bersenjata merempuh sebuah butik jam tangan mewah di Britain menggunakan motosikal sebelum melarikan barangan berharga yang dianggarkan bernilai berpuluh-puluh ribu pound sterling, lapor akhbar Metro UK. 

Rompakan berlaku sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) di butik Rolex di Knightsbridge, tengah London semalam.

Kumpulan pencuri yang terdiri daripada enam orang itu memasuki butik sambil memakai topi keledar sebelum mengancam kakitangan serta orang awam menggunakan parang. 

Imej dikongsi oleh wartawan Metro UK memaparkan pintu hadapan premis itu pecah, manakala motosikal yang digunakan oleh suspek masih berada di dalam kedai. 

Seorang pengawal keselamatan di butik lain berkata: “Terdapat bunyi dentuman kuat seperti kemalangan jalan raya, diikuti dengan jeritan dan orang yang berlari. Saya menyedari ia bukan sekadar kemalangan selepas saya melihat motosikal di dalam butik Rolex.” 

Ketua Detektif dari Skuad Flying Met, Inspektor Scott Mather berkata, pihaknya kini menjejaki kumpulan perompak terancang itu yang menggunakan keganasan dan ugutan. 

“Kami bertekad untuk mencari semua suspek yang terlibat dan membawa mereka ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata Mather. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI