fbpx
Tangkap layar Dr. Akmal sebak menerima tawaram haji ketika membuat panggilan bersama ibunya.

Hadiah paling bermakna, Dr. Akmal sebak terima tawaran haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa syukur apabila terpilih sebagai tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Dr. Muhamad Akmal berkongsi khabar gembira itu menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini dan menyifatkannya sebagai hadiah paling bermakna buat diri beliau.
“Di kala putus harapan untuk menunaikan haji tahun ini, di kala diuji dengan pelbagai dugaan, di kala rasa tidak mampu berbuat apa-apa, rupa-rupanya Allah datangkan hadiah yang paling bermakna buat diri ini.
“Terima kasih Allah, terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan saya. Terlalu kerdil rasanya diri ini,” katanya di ruangan kapsyen.
Dalam video berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menitiskan air mata ketika membuat panggilan telefon kepada ibunya berhubung khabar gembira tersebut.
Beliau turut berkongsi tangkap layar surat tawaran yang diterima untuk menunaikan haji musim 2026.
Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal menarik perhatian ramai apabila berbesar hati menyerahkan wang simpanan haji miliknya berjumlah RM120,000 untuk membantu membiayai kos rawatan Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq.
Kanak-kanak berusia dua tahun dari Melaka itu memerlukan dana sebanyak RM120,000 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera di China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN