fbpx
Tangkap layar kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur hari ini.

Tak bagi signal, warga emas acu ‘pistol’ di lebuh raya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki warga emas mengacukan senjata menyerupai pistol ketika sedang memandu di Kilometer (KM) 37 Lebuh Raya Hubungan Timur Barat, di sini mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata, pihaknya menerima laporan susulan video tular berdurasi 34 saat memaparkan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mengacukan senjata.

Menurutnya, kejadian sekitar pukul 4 petang itu berlaku apabila sebuah kereta memasuki lorong kiri tanpa memberi signal menyebabkan suspek tidak puas hati lalu memotong semula kenderaan terbabit.

“Semasa suspek potong balik, pemandu lelaki tersebut buka cermin kereta dan memarahi suspek.

“Suspek kemudian turunkan cermin kereta dan tunjuk pistol mainan kepadanya sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Chan Hook berkata, sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 60 tahun kira-kira pukul 7 malam yang mengaku mengacukan objek dipercayai pistol mainan.

“Polis turut merampas dua pucuk pistol mainan serta sebuah kenderaan SUV milik suspek untuk siasatan lanjut.

“Semakan mendapati suspek yang tidak bekerja mempunyai lima rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI