fbpx
Muhammad Hazim.

Pemuda kemalangan di Krabi selamat dibedah, bil hospital cecah RM53,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Pemuda yang cedera parah akibat kemalangan di Krabi, Thailand selamat menjalani pembedahan pada muka serta tebukan di saluran pernafasan di Hospital Krabi.

Menurut Muhammad Harith Rafie Hussain, 24, adiknya, Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, menjalani pembedahan bagi membetulkan semula kedudukan tulang muka serta prosedur trakeostomi pada Rabu lalu.

“Hazim masih menggunakan mesin bantuan pernafasan dan diberikan ubat tidur. Pihak doktor juga telah mencabut tiub pada paru-paru adik.

“Jumlah bil hospital setakat ini 446,000 baht atau kira-kira RM53,000. Jumlah itu adalah selepas ditolak deposit yang telah dibayar sebanyak RM13,000 sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, proses rawatan masih berjalan dan kos dijangka terus bertambah, bergantung kepada perkembangan kesihatan Muhammad Hazim.

“Dana sumbangan yang diterima sebelum ini sebanyak RM21,000 dan baki yang masih ada sekarang adalah kira-kira RM10,600. Buat masa ini, saya sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bil hospital ini,” ujarnya.

Kata Muhammad Harith, pihaknya juga akan cuba menguruskan proses membawa pulang adiknya untuk dirawat di hospital di Malaysia secepat mungkin.

“Kami sedang usahakan untuk membawa Hazim pulang sebaik sahaja keadaannya sesuai dan dibenarkan oleh pihak doktor di sini,” jelasnya.

Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Muhammad Harith 157401230105 atau hubunginya di talian 017-474 2348.

Kosmo! pada 4 Januari lalu melaporkan seorang rakyat Malaysia dilaporkan koma di Hospital Krabi selepas motosikal yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di negara jiran itu pada 31 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI