fbpx
Keadaan sebuah reban ayam yang terbakar di Juru, Simpang Ampat, malam tadi.

7,200 ayam ternakan mati reban terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kira-kira 7,200 ekor ayam mati manakala 20 peratus daripadanya ditemukan masih hidup dalam satu kebakaran melibatkan sebuah reban di ladang ternakan di Juru, Simpang Ampat di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.39 malam dan kemudiannya bergegas ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Bandar Perda.

“Kebakaran melibatkan sebuah reban ayam (Kelas B) dengan anggaran peratusan kemusnahan keseluruhan adalah kira-kira 50 peratus. Kebakaran telah dipadamkan oleh Pasukan Bomba Sukarela berhampiran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Kebakaran tidak melibatkan struktur luar dan hanya melibatkan struktur dalaman termasuk ruang ternakan ayam yang melibatkan kira-kira 80 peratus daripada 9,000 ekor ayam mati,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu katanya, kira-kira 1,800 ekor ayam terselamat dan ditemukan dalam keadaan kehitaman akibat dari asap kebakaran.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ dan memastikan kebakaran telah padam sepenuhnya dan tiada kemerbahayaan lain.

“Lokasi berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Forensik Bomba untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 11.58 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN