fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat berterusan di timur Semenanjung, barat Sarawak bermula Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun akan melanda negara dari 14 hingga 18 Disember 2025, berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung serta barat Sarawak.

Keadaan itu juga dijangka menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

Susulan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan untuk Sarawak bermula 13 hingga 16 Disember, manakala bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 14 hingga 16 Disember 2025.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemaskini sehingga 18 Disember 2025 bagi Laut China Selatan termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor,” ujarnya.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman rasmi MetMalaysia atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN