fbpx
Azzuha meterai perjanjian dengan beberapa hotel premium dan eksklusif bagi keselesaan jemaah umrah dan haji bagi musim 1447H dan 1448H.

Azzuha sedia hotel premium untuk jemaah haji, umrah musim hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bagi memperkukuhkan persiapan haji dan umrah musim 1447H dan 1448H, Azzuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. (Azzuha) telah memeterai satu perjanjian kerjasama strategik bersama beberapa rangkaian hotel premium di Tanah Suci.

Majlis pemeteraian tersebut berlangsung dalam suasana penuh simbolik di Jeddah Superdome, Arab Saudi baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Malik Abdul Raman berkata, langkah tersebut sebagai komitmen awal Azzuha untuk memastikan setiap jemaah menerima pengalaman ibadah bertaraf eksklusif dan terancang.

Jelas beliau, melalui kerjasama strategik baharu itu, Azzuha mengukuhkan lagi struktur operasi dengan menyediakan rangkaian penginapan eksklusif bagi memastikan keselesaan penuh sepanjang berada di Tanah Suci.

“Jemaah bakal menginap di hotel-hotel premium yang dipilih secara khusus berdasarkan jarak strategik, kemudahan moden dan tahap keselesaan yang memenuhi standard Azzuha.

“Antara hotel yang telah disahkan untuk musim akan datang termasuk Al Makarem Ajyad Hotel, Royale Orchid Al Safwah Hotel, Al Jazirat Nouran Hotel, Al Muthmirat Nouran Hotel (Dar Al Hamd by Azzuha), Al Anwar Movenpick Al Madinah, Saja Al Madinah dan Shohada Al Ajyad.

“Kesemua hotel ini melalui proses penilaian ketat bagi menjamin pengalaman menginap yang selesa, mudah dan menepati keperluan ibadah,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa persiapan operasi bagi musim Haji 1447H dan 1448H kini berada pada tahap optimum.

“Untuk musim Haji 1447H dan 1448H saya boleh tegaskan bahawa Azzuha sudah benar-benar bersedia. Dari segi hotel, logistik, latihan petugas, sistem operasi dan sokongan di Tanah Suci semuanya disusun rapi lebih awal,”katanya.

Dalam pada itu, Abdul Malik memberitahu, pengiktiran Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Edisi ke-8 menerusi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan membuktikan keupayaannya dalam mengekalkan standard tertinggi dalam pengurusan haji dan umrah.

Malah katanya, menjadi pemangkin besar buat syarikat untuk terus memperhalusi dan meningkatkan sistem operasi.

“Pengiktirafan ini mengangkat reputasi Azzuha sebagai organisasi yang bukan sahaja konsisten, tetapi juga telus dan berwibawa dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada para jemaah,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN