fbpx
Mohd. Syukri (dua dari kanan) pada majlis pelancaran produk terbaharu SR Asia Resource iaitu Royal Blue di Shah Alam baru-baru ini.

Demi hasilkan Royal Blue berkualiti, Do’zee sanggup tolak cadangan 50 vendor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bagi memastikan produk dikeluarkan di pasaran berkualiti tinggi dan ia berbeza daripada yang lain di pasaran semasa, adalah antara kekuatan SR Asia Resources Sdn. Bhd., pengeluar produk cucian untuk ke­perluan isi rumah dengan jenama terkenalnya, Do’zee sehingga kini.

Formula yang diamalkan sejak sedekad lalu itu juga terus mengukuhkan pengoperasian perniagaan syarikat untuk menguasai pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran eksport hingga ke Timur Tengah.

Hasil kreativiti dan kegigihan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Syukri Ibhrim, produk keluarannya kini hampir meliputi semua segmen untuk memenuhi keperluan pelanggan iaitu daripada pencuci pakaian, pelembut fabrik, pencuci tangan, pinggan mangkuk, pencuci lantai, produk pencucian komersial, penjagaan kenderaan, serbuk pencuci dan juga produk pembersihan lain.

Terbaharu, syarikat yang memiliki dua buah kilang di Puncak Alam di sini, melancarkan Royal Blue, pencuci pakaian premium yang menggabungkan formulasi enam dalam satu yang bakal berada di pasaran mulai bulan depan.

Melalui kekuatan lebih 200 stokis ejen dan rangkaian peruncitannya di pasar raya besar seperti Mydin, produk Do’zee kini menjadi pilihan pengguna kerana ia menawarkan detergen yang berkualiti tinggi, malah memiliki sijil halal.

Anak kelahiran Sik, Kedah itu telah membangunkan jenama TOP5 pada tahun 2014 sebelum dijenamakan semula kepada Do’zee pada 2018, bermula dari situ, syarikat menyusun strategi berkesan dengan aspirasi untuk menjadi antara pengeluar produk pencuci pakaian tempatan yang mampu menawarkan kualiti premium pada harga berpatutan.

“Setiap inovasi yang diper­kenalkan mempunyai tujuan yang jelas iaitu memastikan pengguna memperoleh pengalaman penjagaan pakaian yang lebih menyeluruh dan aspek kepercayaan pengguna menjadi tunjang kepada setiap pembangunan produk Do’zee.

“Bagi kami, pakaian bukan hanya perlu kelihatan bersih, tetapi perlu memberi rasa selesa dan yakin kepada pemakai.

“Ciri antibakteria membantu memberi perlindungan tambahan, penjagaan fabrik memastikan pakaian dijaga dengan baik, manakala haruman tahan lama dan berkualiti tinggi memberikan pengalaman premium setiap kali pakaian digunakan.

“Kepercayaan pengguna adalah keutamaan kami. Setiap pembangunan produk Do’zee dibuat dengan memberi perhatian kepada kualiti bahan, prestasi dan kesesuaian untuk kegunaan ­harian keluarga.

“Kami mahu pengguna menggunakan Do’zee dengan rasa ya­kin kerana kami sentiasa meletakkan standard kualiti sebagai asas utama jenama kami,” katanya pada majlis pelancaran produk terbaharunya Royal Blue di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. ­Syukri menerangkan, syarikat telah mengambil masa lebih setahun untuk menghasilkan produk terbaharunya itu yang mana dalam tempoh ujikaji tersebut, pihak­nya pernah menolak cadangan daripada lebih 50 pembekal yang tidak menetapi cita rasanya untuk mendapatkan wangian daripada sabun tersebut sehinggalah ia benar-benar memenuhi stan­dard yang diperlukan untuk menghasilkan Royal Blue.

Selain wangian dan kualiti sabun, Mohd. Syukri juga memfokuskan kepada rekaan bentuk botol agar ia setanding dengan kualiti, malah membelinya dari China agar ia bakal menjadi pencetus kepada industri cucian kerana haruman yang kekal berpanjangan.

“Kami menyasarkan jualan sehingga 100,000 botol sabun Royal Blue untuk fasa awal ini,” ujarnya.

Tambah beliau, Royal Blue dibangunkan dengan formulasi enam dalam satu yang mana ia membantu daripada aspek kebersihan, penjagaan fabrik, kesegaran dan haruman supaya rutin mencuci menjadi lebih mudah untuk keluarga moden.

Lebih menarik, Royal Blue dapat membantu menghapuskan 99.9 peratus bakteria untuk perlindungan kebersihan daripada bakteria serta haruman tahan lama sehingga 30 Hari menerusi teknologi enkapsulasi haruman yang membantu mengekalkan kesegaran pakaian lebih lama.

Ditanya mengenai prestasi kewangan syarikat, Mohd. Syukri memaklumkan, SR Asia Resour­ces mengunjurkan perolehan syarikat pada tahun ini sebanyak RM100 juta berbanding RM70 juta tahun sebelumnya, dipacu oleh keyakinan pelanggan yang memilih produk jualan syarikat selain di sokong penguasaan pasaran domestik dan global. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN