fbpx
Gambar menunjukkan perbualan antara tetamu dan kakitangan hotel mengenai penemuan kesan najis manusia pada cadar katil. - The Standard

Tetamu hotel jumpa kesan tahi pada cadar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Seorang pengunjung sebuah hotel di Hong Kong menjadi tular apabila menyiarkan hantaran mengenai penemuan kesan najis manusia pada cadar katilnya, lapor portal berita The Standard. 

Penemuan aneh itu dibuat ketika penginapan selama tiga malam di sebuah hotel berhampiran Pelabuhan Luohu di Shenzhen, baru-baru ini. 

Tetamu itu berkata, dia nekad menukar bilik selepas mendengar bunyi seakan-akan kasut tumit tinggi dari tingkat atas sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan).

Selepas diberikan bilik lain, dia terkejut apabila menemui kesan najis manusia pada cadar di katilnya. 

Selain menghantar imej memaparkan kesan tersebut kepada kakitangan hotel, dia menuntut bayaran balik dan permohonan maaf tetapi ditolak. 

Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan seorang pengguna media sosial menyarankan orang ramai untuk membawa cadar pakai buang pada masa hadapan. 

Seorang kakitangan hotel menyatakan bahawa perkara itu telah dirujuk kepada syarikat induk hotel dan mereka masih menunggu maklum balas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN