fbpx
Ariff Fadli (kanan) pada majlis pemeteraian MoU atara DDPUM dengan wakil Kadin baru-baru ini.

DPPUM mahu perkasakan program TVET bertaraf global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Perniagaan Permuafakatan Usaha sama Malaysia (DPPUM) telah memeterai memorandum persefahaman berhubung strategi penghubung ekonomi serantau dengan Kamar Dagang dan Industri (Kadin) di Dumai, Indonesia bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi dan hubungan dagangan dua hala antara dua negara tersebut.

Pemeteraian tersebut dilaksanakan bersempena acara Jalan Santai memperingati Hari Ulang Tahun ke-57 Kadin baru-baru ini di Indonesia yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden DPPUM, Ariff Fadli Abd Wahab dan Ketua Kadin Dumai, Zulfan Ismani serta Presiden Perdasama Malaysia, Azmanizam Bahar.

Dalam ucapan Azmanizam, beliau berkata, pentingnya semua negara di rantau ini mengukuhkan semangat ASEAN dan terus mengekalkan hubungan antara tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

“Hubungan ini penting terhadap usaha untuk memahami perjanjian penting ini yang akan memberi manfaat masa depan ekononi dan usahawan.

“Fokus kami pada tahun depan adalah untuk mengembangkan kemahiran TVET untuk golongan belia.

“Bersama DPPUM, beberapa kesepakatan dicapai untuk Program Latihan Buruh Asing di Malaysia yang melibatkan pekerja dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, dengan fokus kepada peningkatan kemahiran TVET bertaraf global,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Arif menerangkan, dewa tersebut akan  melaksanakan program strategik pusat sehenti bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang mana program ini akan menyokong keusahawanan, TVET, tenaga kerja dan perdagangan rentas sempadan di bawah kerangka BIMP-EAGA dan ASEAN.

“Program ini menjadi bukti kejayaan hubungan ekonomi Indonesia, Malaysia dan Thailand.

“Kejayaan ini adalah langkah besar untuk hubungan ekonomi serantau. Kami percaya kerjasama ini akan membuka lebih banyak ruang pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan ASEAN,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI