fbpx
Kemalangan yang mengorbankan dua mangsa di Jalan Ampang Pecah-Rasah, Kuala Kubu Bharu awal pagi tadi. - JBPM Selangor

Penunggang, pembonceng motosikal maut nahas di Kuala Kubu Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KUBU BHARU – Dua lelaki termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Ampang Pecah-Rasah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.14 tengah malam itu, mangsa yang maut merupakan penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng berusia 14 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba di lokasi yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai pada pukul 12.35 tengah malam.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dipandu wanita berusia 51 tahun dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan dua daripadanya, iaitu penunggang dan pembonceng motosikal, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN