fbpx
Mohamad Fadwan ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Kurung remaja demi pecah rumah cari emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemungut hutang mengejutkan galeri mahkamah apabila tindakannya mengurung seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dalam sebuah unit pangsapuri di Seksyen 32 di sini, atas tujuan bagi memecah masuk rumah mangsa dalam mendapatkan emas.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohamad Fadwan Abd. Muaain, 42, ketika disoal sendiri Majisret Wan Noora Nisa Ngadirin pada prosiding mitigasi dibuat lelaki itu.

Majistret : Kenapa kurung mangsa?

Tertuduh :Saya nak pecah rumah dia (remaja itu). Hendak ambil emas.

Majistret: Boleh fikir trauma terhadap kanak-kanak itu atas perbuatan kamu?

Tertuduh : Ya

Majistret : Kamu sudah boleh bezakan salah atau betul. Kenapalah kamu kurung dan cederakannya?

Tertuduh : Saya mohon hukuman seberat-seberatnya.

Susulan itu, Majisret Wan Noora kemudiannya menjatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan mengurung remaja itu.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani penjara enam bulan kerana mencederakan remaja sama selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan mengurung.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suspek yang menjadi buruan selama lima hari selepas melakukan jenayah seksual itu akhirnya berjaya ditangkap pada petang, Sabtu lalu di bilik sewanya di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri ke ibu negara dengan menaiki pengangkutan awam sebelum menyewa bilik baharu selepas melakukan jenayah tersebut di daerah ini.

Polis kemudiannya mengesahkan bahawa suspek merupakan seorang bekas banduan dengan semakan pernah disabitkan hukuman penjara selama 17 tahun atas jenayah rogol, merompak dan mengurung seorang wanita pada 2007.

Hasil semakan juga mendapati suspek baharu dibebaskan daripada penjara pada April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN