fbpx
Razman (kanan) dijangka berada selama 21 hari di Turkiye selepas menjalani pembedahan akibat paru-paru bocor sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Razman dijangka pulang ke Malaysia dalam tempoh 21 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh 21 hari ekoran sedang dirawat di Istanbul, Turkiye berikutan berdepan ‘Traumatic Pneumothorax’ atau paru-paru bocor.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby yang turut mengesahkan beliau mengalami kebocoran di bahagian kiri paru-paru.

“SNCC mengesahkan bahawa seorang aktivis iaitu Razman mengalami kecederaan yang serius iaitu kebocoran di paru-paru kiri selepas diserang tentera Israel.

“Beliau kini dilaporkan stabil dan kini berada di Istanbul selepas menjalani pembedahan.

“Beliau dijangka dibenarkan pulang dan terbang ke Malaysia dalam tempoh 21 hari lagi,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini tadi.

Terdahulu, beliau turut mengiringi ketibaan seramai 28 rakyat Malaysia yang menyertai GSF dari Istanbul, Turkiye.

Katanya, ketika ini, Razman tidak dibenarkan terbang berikutan bimbang tekanan udara dalam pesawat menyebabkan kecederaan beliau semakin serius.

“Justeru kerajaan Turkiye telah memaklumkan mereka akan menjaga beliau dan kita juga ada wakil daripada Sumud Nusantara yang menemani beliau,” katanya.

Katanya, pasukan guaman Sumud Nusantara iaitu Centre For Human Rights Research and Advocacy (Centhra) turut dihantar bagi mengambil keterangan dan bahan bukti terhadap kekejaman Israel.

“Kalau tanya kepada saya selaku rakyat Malaysia, saya terkejut dengan cara beliau yang sangat-sangat kuat. Kalau disebutkan sumud itu, beliau orang yang masih sumud,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN