fbpx
Mustapha bersama tetamu dan peserta program itu di UiTM Shah Alam, hari ini. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

PRN Sabah: PH umum senarai calon awal November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan senarai penuh calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada awal bulan depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kombinasi calon termasuk daripada muka baharu, teknokrat dan bekas kakitangan awam serta kepimpinan di cabang-cabang.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi namun ia akan diputuskan sepenuhnya oleh kepemimpinan tertinggi menerusi presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini, kita melihat antara 21 hingga 23 calon kerusi DUN daripada PH untuk bertanding.

“Kita akan kemukakannya namun senarai calon yang dipersetujui itu akan diumumkan presiden parti pada awal November nanti di Sabah,” katanya ketika ditemui pada program Festival Bahasa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, petang ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 dan tarikh undi pada 29 bulan sama.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

Mengulas lanjut, kata Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, jentera PKR telah bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI