fbpx
Kerja-kerja pemasangan bailey di Jambatan Sungai Derhaka, Jalan Permatang Pauh.

Jambatan Sungai Derhaka dipasang bailey demi keselamatan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebuah jambatan sementara jenis Bailey (Acrow 700 XS) dipasang di Jambatan Sungai Derhaka, Jalan Permatang Pauh (FT3111) selepas struktur asal didapati tidak selamat digunakan berikutan kerosakan serius yang menjejaskan integriti binaannya.

Menurut Pengerusi Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital megeri, Zairil Khir Johari, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan pada 24 September lalu dan mendapati berlaku kerosakan ketara termasuk abutmen mendap dan runtuh serta retakan pada bahagian bawah (soffit) deck slab jambatan berkenaan.

“Hasil lawatan susulan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) dan JKR Pulau Pinang pada 3 Oktober lalu mendapati jambatan tersebut tidak lagi selamat digunakan oleh orang awam,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan khas segera bagi membolehkan pemasangan jambatan panel keluli bermodular dilakukan sebagai langkah mitigasi jangka pendek sebelum pembinaan struktur kekal dilaksanakan.

“Kerja-kerja pemasangan jambatan sementara itu bermula pada 8 Oktober dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Oktober 2025, dengan kos keseluruhan RM250,000.

“Projek berkenaan dilaksanakan oleh JKR Malaysia dengan kerjasama THB Maintenance Sdn. Bhd. dan melibatkan pemasangan jambatan keluli dua lorong sepanjang 12 meter dan lebar 11.2 meter,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI