fbpx
SYAF (dua dari kanan) dan Dr. Mohd. Afandi (tiga dari kanan) ketika tiba di Istanbul petang kelmarin.

Layanan kali ini lebih teruk daripada 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Prof. Dr. Mohd. Afandi Saleh yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) menyatakan menerima layanan teruk sewaktu berada dalam tahanan Tentera Pertahanan Israel (IDF) kepada keluarganya.

Anaknya, Adam Afandi, 20, berkata, bapanya memberitahu, diperlakukan jauh lebih kejam berbanding pengalaman kali pertama ditahan rejim Zionis pada tahun 2018.

“Baba (Afandi) menghubungi umi (ibu) menggunakan telefon bimbit orang lain sejurus tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye, malam tadi (kelmarin).

“Katanya pengalaman berada dalam tahanan tentera Israel kali ini lebih menakutkan menyebabkan umi menangis mengenangkan baba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Terdahulu, sembilan kapal dalam misi kemanusiaan FFC dilaporkan dipintas IDF pada jarak kira-kira 222 kilometer kilometer dari Gaza pada pukul 10.50 pagi waktu Malaysia, Rabu lalu.

Mereka yang dibebaskan de­ngan bantuan kerajaan Turkiye pulang ke tanah air pada hari ini selesai urusan dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan.

Selain Dr. Mohd. Afandi, lapan aktivis Malaysia lain terlibat dalam misi tersebut ialah Ketua Misi, Prof. Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd. Suhaimi, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar, Dr. Maziah Muhammad dan wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Adam berkata, sewaktu ditahan pada kali pertama pada tahun 2018, bapanya cuma mengalami penderaan mental dan fizikal minimal sewaktu berada dalam tahanan rejim Zionis.

Dia berkata, apa pun panggilan telefon daripada bapanya yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin berkenaan amat melegakan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, seorang wartawan penyiaran yang mengikuti misi FFC, Syaff Shukri me­nyatakan, layanan pihak berkuasa Israel sebagai amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Jujur saya cakap orang Israel ni, dari berada di imigresen sampai polis yang jaga makanan pun, semuanya jahat, laknatullah. Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi memang kejam,” katanya.

Ujarnya, ketika rampasan kapal berlaku, lebih 30 askar Israel bersenjata lengkap menaiki kapal mereka, menyebabkan para aktivis tidak mampu melawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN