fbpx
Makanan yang terdedah kepada habuk jalan raya bukan sekadar menjejaskan kualiti makanan, malah berpotensi mengundang risiko kesihatan. – JANAAN AI

Luahan Pembaca: ‘Kami beli makanan, bukan habuk jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai pengguna, saya kurang selesa melihat masih ramai peniaga makanan di tepi jalan yang membiarkan jualan seperti pisang goreng, ayam goreng, cucur, keropok lekor dan pelbagai makanan lain terdedah tanpa sebarang penutup.

Keadaan ini seolah-olah dipandang remeh sedangkan makanan itu akan terus dibeli dan dimakan oleh orang ramai.

Setiap hari, kenderaan keluar masuk tanpa henti di jalan raya. Debu, habuk, asap dan pelbagai zarah halus daripada kenderaan yang lalu lalang sudah tentu berterbangan.

Sukar untuk kita percaya makanan yang dibiarkan terbuka itu tidak terkena habuk atau bahan pencemar lain.

Sebagai pelanggan, sudah tentu kita mahukan makanan yang bukan sahaja sedap, malah bersih dan selamat.

Ramai membeli makanan tepi jalan kerana harganya berpatutan dan rasanya enak, tetapi aspek kebersihan tidak sepatutnya dikompromi.

Masih ramai yang mengambil mudah soal menutup makanan, sedangkan penggunaan penutup lutsinar atau bekas bertutup tidak memerlukan kos yang tinggi.

Harapan saya mudah, jadikan amalan menutup makanan sebagai satu budaya dalam kalangan semua peniaga makanan tepi jalan.

Abdul Halim
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN