fbpx
Mohamad Shafiq menunjukkan gambar arwah bapanya ketika ditemui HPUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Kerap beli durian sebelum ajal dihempap pokok pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang maut selepas motosikal yang dia tunggang dihempap sebatang pokok pulai berusia 200 tahun dalam kejadian ribut di Kampung Petani, Sering di sini hari ini kerap membeli durian dengan jumlah yang banyak sejak kebelakangan ini.

Anak lelaki mangsa, Mohamad Shafiq Sauti, 23, berkata, bapanya, Sauti Mohamad, 55, jarang membeli durian untuk keluarganya, namun sikapnya berubah sebelum meninggal dunia.

Katanya, arwah bapanya juga kelihatan gembira apabila dapat menjamu keluarga makan durian.

“Dia jarang mencari durian, namun membeli buah tersebut dalam kuantiti yang banyak sejak kebelakangan ini. Pada awalnya, kami sekeluarga agak janggal dengan perubahan sikapnya itu.

“Rupa-rupanya itu merupakan petanda arwah akan meninggalkan kami. Saya keluar rumah kira-kira pukul 5 pagi tadi untuk ke tempat kerja di premis menjual ayam dan tidak sempat bertemu mata dengan arwah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.

Mohamad Shafiq memberitahu, dia mengetahui kejadian menimpa arwah bapanya selepas dihubungi oleh seorang rakan petang tadi.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka ia merupakan satu gurauan sebelum terus bergegas pulang ke rumah.

“Apabil sampai di rumah, saya lihat memang betul ayah belum pulang. Pada masa sama, saya mendapat berita mengenai kematiannya menerusi kumpulan WhatsApp,” ujarnya.

Katanya, jenazah arwah bapanya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senok, Bachok dekat sini pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN