fbpx
PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh sebuah kereta di persimpangan Taman Bandar Cendana, Lencongan Timur di Sungai Petani, hari ini.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh kereta langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh sebuah kereta yang disyaki melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Taman Bandar Cendana, Lencongan Timur di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke Padang Temusu, manakala Perodua Myvi dipandu wanita berusia lingkungan 20-an datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di simpang lampu isyarat berkenaan, pemandu kereta itu terus membelok ke kanan sedangkan ketika itu lampu isyarat merah.

“Penunggang motosikal yang bergerak lurus merempuh sisi sebelah kiri kereta sehingga terbalik. Rempuhan menyebabkan mangsa terjatuh di jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa untuk proses bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, manakala pemandu kereta yang turut mengalami kecederaan turut diberikan rawatan di hospital sama.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi yang melanggar lampu isyarat dan cuai ketika memasuki simpang,” ujarnya.

Hanyan meminta pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kejadian itu tampil membantu pihaknya bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN