SEREMBAN, – Lebih 10,000 penyokong membanjiri pekarangan Stadium Paroi di sini malam ini sempena Majlis Pelancaran dan Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, sekali gus mencerminkan semangat dan sokongan tinggi terhadap gabungan itu menjelang Piliharan Raya Negeri (PRN) awal bulan depan.
Suasana di lokasi majlis meriah apabila penyokong mula memenuhi pekarangan stadium sejak petang bagi mengikuti pelancaran dan pengumuman calon gabungan parti UMNO, MCA dan MIC itu.
Turut hadir barisan kepimpinan UMNO termasuk Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijangka tiba pada bila-bila masa bagi menyempurnakan majlis pelancaran dan pengumuman calon BN Negeri Sembilan.-KOSMO! ONLINE















