fbpx
TANGKAP layar rakaman CCTV memaparkan aksi beberapa individu dipercayai mengambil makanan yang dihantar di lobi sebuah residensi di Kajang.

Rakaman CCTV dedah komplot pasangan tunang curi makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Sepasang tunang antara tiga individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri makanan yang dihantar di lobi sebuah residensi di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 2.27 pagi Selasa lalu berhubung kehilangan makanan yang dihantar di lobi sebuah residensi.

Beliau berkata, dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Turut dirampas sehelai baju berlogo dan bertulisan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketika tangkapan dibuat tiada sebarang makanan dicuri oleh suspek, namun rakaman rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu berlaku pada beberapa tarikh berlainan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati pasangan tunang terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah, masing-masing lapan serta enam rekod.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap pasangan tunang itu pula mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Naazron berkata, mahkamah membenarkan permohonan reman terhadap pasangan tunang itu sehingga hari ini bagi membantu siasatan dan seorang lagi suspek lelaki dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 89(a) Akta Polis dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Amiruddin Abdul di talian 013-2304156 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman CCTV di media sosial yang memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai mengambil makanan yang dihantar di lobi sebuah residensi sebelum beredar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN