SELEPAS dua bulan bertanding, akhirnya juara pertama Talk To My Manager (TTMM) bakal diumumkan pada konsert akhir hari ini.
Sepanjang bersiaran selama lapan minggu, macam-macam cerita dan kontroversi muncul.
Bahkan sehingga kini masih ada yang kurang faham tentang konsep dan cara pemarkahan.
Tapi nak komen lebih-lebih pun tak guna sebab hari ini pun sudah konsert akhir.
Ramai juga mula membuat andaian tentang juara sulung TTMM sebab persaingan agak sengit juga.
Antara nama yang disebut-sebut adalah Marsya Q (Liza Hanim), Amad (Siti Saerah) dan Thalita (Shuib).
Namun peluang tiga lagi peserta iaitu Ammar (Ameng Spring), Hadie (Ina Naim) dan Auddra (Sharifah Shahirah) untuk jadi juara jangan dinafikan.
Tak kisahlah siapa akan jadi juara, asalkan tiada isu berat sebelah atau ketidakadilan. Harap peserta selayaknya yang menang.
DIVA: Teruk juga kecaman yang diterima Thalita dan Shuib, ini baru permulaan, dah habis TTMM, banyak lagi cabaran akan datang, tabahlah Thalita!