fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh @sashrinda.

Teruja nak jadi ‘atuk’, terus belanja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegembiraan bakal menimang cucu sulung selepas lima tahun menanti, mendorong seorang lelaki warga emas berkongsi rezeki dengan membelanja kanak-kanak di sebuah kedai serbaneka.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @sashrinda, lelaki yang teruja anaknya kini mengandung empat bulan itu telah membelikan aiskrim, coklat dan air kotak untuk kanak-kanak yang ditemuinya di premis itu.

“Selepas makan, anak-anak ajak cari aiskrim. Tengah pilih makanan, seorang pak cik beri anak-anak aku seorang satu coklat. Selepas itu dia keluar semula dan masuk balik, dia belanja anak-anak aku aiskrim dengan air kotak seorang satu,” katanya pada hantaran tersebut.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, lelaki itu tersenyum gembira sambil menceritakan anak kesayangannya yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan akhirnya bakal dikurniakan cahaya mata.

“Semoga anak pak cik selamat melahirkan cucu sulung nanti. Semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu pak cik. Terima kasih orang baik,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan warga emas tersebut dan turut dikenali sebagai seorang yang gemar bersedekah.

“Pak cik ni memang baik. Kalau dia ada lalu depan pejabat tempat saya kerja, mesti dia akan belikan sarapan untuk staf yang ada. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan pak cik untuk sambut cucu sulung,” kata @ayyyuu_.

“5 tahun anak dia kahwin tak ada anak, tapi kali ni anak dia dah mengandung 4 bulan. Bertahun-tahun dia tetap berdoa dan bersedekah demi mencari berkat dan doa kebaikan untuk anak dia. Pak cik ni memang seorang ayah yang sangat hebat,” ujar @mariasha9166. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN