fbpx
Poster kematian Allahyarham yang dimuat naik di akaun TikTok kakaknya.

‘Yang meninggal pemandu van, bukan pengawal sekuriti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Salah seorang petugas syarikat keselamatan yang terlibat dalam kejadian cubaan rompakan di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Isnin lalu dilaporkan meninggal dunia semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh kakak Allahyarham menerusi akaun TikTok dikenali sebagai @deenadurrah susulan beberapa dakwaan yang tular di media sosial bahawa seorang pengawal keselamatan dalam kejadian berkenaan telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa individu yang meninggal dunia ialah adiknya, Muhammad Mujahid Semsuddin, 42, yang bertugas sebagai pemandu van keselamatan terbabit.

Menurutnya, pengawal bersenjata yang dilihat berdepan dengan suspek dalam rakaman video tular berkenaan masih hidup.

“Adik saya yang meninggal dunia ialah pemandu van. Pak cik pengawal bersenjata yang berada dalam video bersama perompak itu masih hidup.

“Adik saya meninggal dunia di balai polis akibat serangan jantung dan sudah selamat dikebumikan di kampung kami di Tanah Merah, Kelantan, semalam,” katanya ringkas kepada Kosmo!.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada di dalam van keselamatan sebagai pemandu ketika kenderaan tersebut menjadi sasaran penjenayah dalam kejadian di Klang.

Dalam kejadian itu, suspek dilaporkan gagal melarikan wang tunai berjumlah RM82,000 selepas seorang pekerja sempat menutup pintu van berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat kenyataan rasmi daripada pihak polis atau syarikat keselamatan berhubung punca sebenar kematian Allahyarham serta dakwaan bahawa beliau meninggal dunia ketika membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN