fbpx
Gambar hiasan

Pasangan kekasih noda murid sekolah di tandas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Sepasang kekasih termasuk pengawal keselamatan sekolah ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan kes gangguan seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan di tandas sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, tangkapan dibuat beberapa jam selepas laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Chembong setelah anaknya berusia sembilan tahun menceritakan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa telah dibawa pulang datuknya dari sekolah berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi selepas mengalami masalah semput serta dibawa penjaganya untuk pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik.

“Ketika di klinik, bacaan oksigen mangsa menurun sedikit dan ujian urin pula mendapati terdapat kesan darah. Semasa di rumah, ibu mangsa bertanyakan mengenai urin berdarah itu dan mangsa memaklumkan telah mengalami gangguan seksual di tandas pada 7 Oktober lalu.

“Ibu mangsa segera membuat laporan dan tangkapan membabitkan seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah dan seorang lelaki berusia 20-an telah dibuat pada malam yang sama,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 14 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI