fbpx
Keadaan mayat Muhammad Nurekhsan yang maut dalam kemalangan di Felda Neram 1, Kemaman hari ini.

Bapa maut kemalangan selepas hantar anak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang jurulatih keselamatan maut selepas motosikal ditungganginya dikatakan terbabas sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar anaknya ke sekolah di Felda Neram I, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Nurekhsan Sabri, 38, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata,
sebelum kejadian, lelaki itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan kawasan menuruni bukit, motosikal jenis Honda Beat yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbalik.

“Ia menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Nurekhsan telah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN