fbpx
GAMBAR JANAAN AI

Guru lebih sesuai jadi warden asrama berbanding pesara tentera, polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) berpandangan guru lebih sesuai menjadi warden sekolah berasrama penuh berbanding pesara tentera atau polis.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, warden sekolah berasrama penuh bukan hanya memainkan peranan sebagai penjaga.

Menurut beliau, warden juga berfungsi sebagai ‘loco parentis’ yang dapat memberi bimbingan pendidikan, disiplin dan pembentukan sahsiah murid.

“Pelantikan warden dalam kalangan guru juga diyakini dapat meningkatkan kepercayaan serta penerimaan murid dan ibu bapa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai langkah menangani kes buli yang semakin membimbangkan.

Kah Woh berkata, jumlah warden asrama bagi setiap 50 murid telah ditingkatkan kepada seramai tiga orang.

Katanya, ia menjadikan keseluruhan warden meningkat 68.5 peratus atau 10,204 pada tahun ini berbanding 6,055 pada 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI