fbpx
GAMBAR fail Oktober 2020 menunjukkan pemandangan dari udara Banjaran Kaukasus dengan Gunung Elbrus setinggi 5642 meter berada di latar belakang. – AFP

5 mayat dijumpai di puncak tertinggi Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Russia menemukan mayat lima pendaki asing, dipercayai warga Bosnia di Gunung Elbrus, kata pihak berkuasa tempatan dan media kerajaan semalam.

Terdahulu, pihak berkuasa Russia berkata, daripada sekumpulan tujuh orang yang mendaki gunung tertinggi Rusia itu,  dua mayat telah dijumpai, manakala operasi mencari tiga pendaki  lain diteruskan.

“Pada 24 Julai lalu,  sekumpulan tujuh pendaki terdiri daripada warga asing sedang mendaki Gunung Elbrus. 

“Petang berikutnya, disebabkan cuaca merosot dengan cepat, kumpulan itu tersasar dari laluan,” kata pejabat pendakwa raya tempatan.

Menurutnya, seorang pendaki turun dan memberitahu pihak berkuasa bahawa ‘dua anggota kumpulan itu jatuh sakit pada ketinggian  5,100 meter dan meninggal dunia.”

“Pasukan penyelamat seterusnya menemukan seorang lagi pendaki terselamat dan mayat tiga pendaki lain,” kata kenyataan sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN