fbpx
IBU bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah atau tidak berfaedah. – GAMBAR JANAAN AI

Apa ada dalam beg sekolah anak kita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Setiap pagi, saya melihat anak memikul beg sekolah yang besar sebelum melangkah keluar dari rumah. Sebagai seorang bapa, saya sering tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ada di dalam beg itu?

Sudah tentu ada buku, alat tulis dan botol minuman. Namun, persoalan yang lebih merisaukan ialah adakah beg itu turut membawa sesuatu yang negatif atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya berada dalam dunia seorang pelajar?

Kebelakangan ini, terlalu banyak berita yang membimbangkan. Ada pelajar ditangkap kerana membawa vape, rokok elektronik, senjata tajam dan bahan terlarang ke sekolah.

Ada juga yang terlibat dengan budaya buli, gengsterisme serta penyebaran kandungan lucah melalui telefon pintar. Semua ini membuatkan saya berfikir bahawa ancaman kepada anak-anak hari ini bukan lagi hanya di luar pagar sekolah, tetapi boleh berada di dalam beg yang mereka bawa setiap hari.

Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menganggap anak kita tidak terpengaruh. Kadangkala mereka tidak berniat melakukan kesalahan, tetapi terikut-ikut dengan rakan sebaya atau mahu mencuba sesuatu yang dianggap ‘trend’.

Sebab itu, memeriksa beg sekolah anak sekali-sekala bukan bermaksud kita tidak mempercayai mereka, sebaliknya tanda kasih sayang dan tanggungjawab untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul.

Dalam masa yang sama, komunikasi antara ibu bapa dan anak perlu diperkukuhkan. Jangan hanya bertanya keputusan peperiksaan atau kerja rumah, tetapi tanyalah juga siapa rakan mereka, apa yang berlaku di sekolah dan apakah perkara yang sedang menjadi ikutan dalam kalangan pelajar.

Apabila hubungan erat terjalin, anak lebih mudah berkongsi masalah sebelum mereka terjebak dengan perkara yang tidak diingini.

Bapa Penyayang
Alor Setar, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN