fbpx
Afif (kanan) dan Dr. Shahid menunjukkan Sijil Pengiktirafan Syariah buat emas AurumLX.

Setiap keluarga perlu ada 1 gram emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Aurum79 Sdn. Bhd. menerusi jenama AurumLX berhasrat membudayakan amalan menyimpan emas dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan pemilikan sekurang-kurangnya satu gram emas bagi setiap keluarga sebagai sasaran awal.

Pengarah Eksekutif AurumLX, Muhamad Afif Mohamad berkata, pendekatan itu diharap dapat membentuk tabiat menyimpan aset bernilai secara konsisten sehingga membolehkan pemilik mengumpul simpanan emas mencecah satu kilogram (kg) dalam jangka panjang.

Katanya, pemilikan emas kini lebih mudah dicapai kerana orang ramai boleh memulakan simpanan dengan nilai serendah RM10 sebelum menambah pegangan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

“Matlamat kami bukan sekadar menggalakkan pembelian emas, tetapi membina budaya menyimpan aset secara berterusan. Bermula dengan satu gram emas, tidak mustahil seseorang mampu mengumpulkan sehingga satu kilogram pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan Syariah dan Penyerahan Sijil Kecekapan Pematuhan Pengukuran Ketulenan Emas oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) di sini.

Hadir sama Penasihat Syariah Aurum79 Sdn. Bhd., Dr. Mohd Shahid Mohd. Noh.

Menurut Afif, bagi merealisasikan aspirasi tersebut, AurumLX memperkenalkan platform digital yang membolehkan pelanggan membeli, menyimpan serta mengurus pemilikan emas fizikal secara mudah pada bila-bila masa tanpa memerlukan modal yang besar.

Beliau berkata, syarikat turut memberi penekanan terhadap aspek ketulenan dan kualiti emas melalui kerjasama strategik dengan NMIM bagi meningkatkan keupayaan pengesahan ketulenan, sekali gus memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap produk yang ditawarkan.

Selain itu, AurumLX juga bekerjasama dengan SIRIM bagi memastikan setiap gram emas memenuhi piawaian dari segi mutu dan berat, di samping merancang membangunkan makmal pengujian emas sendiri pada masa depan bagi memperkukuhkan proses pensijilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN