fbpx
PENYOKONG Parti Lipas Janta mengibarkan bendera kebangsaan, sehari selepas peletakan jawatan Menteri Pendidikan Dharmendra Pradhan di Mumbai semalam. – AFP

Modi akur tuntutan Parti Lipas, akan rombak sistem peperiksaan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk merombak  sistem peperiksaan India semalam, sehari selepas menteri pendidikan dalam pentadbirannya meletak jawatan.

Parti Lipas Janta (CJP) yang dipacu media sosial dan menarik kehadiran beribu-ribu penunjuk perasaan dengan kebanyakannya mereka pelajar, mengadakan tunjuk perasaan di New Delhi, membentuk salah satu protes antikerajaan terbesar di India sejak kebelakangan ini.

Modi berkata dalam siaran  video di platform X semalam  bahawa pentadbirannya ‘memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas berkuasa’ diketuai  pengasas bersama gergasi teknologi maklumat India, Nandan Nilekani  yang akan menumpukan kepada pembaharuan sistem peperiksaan.

Protes berminggu-minggu membantah penyelewengan dalam peperiksaan dan isu lain yang menjejaskan belia itu memuncak kelmarin  dengan peletakan jawatan menteri pendidikan, manakala kerajaan turut bersetuju menerima tuntutan utama  lain.

Sistem peperiksaan kita mesti boleh dipercayai. Sistem peperiksaan kita mesti telus. Sistem peperiksaan kita mesti menggunakan teknologi secara maksimum,” tambah Modi dalam kenyataan video tersebut.

Menurutnya, kerajaan ‘akan berusaha untuk memastikan kredibiliti peperiksaan yang akan datang secepat mungkin’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN