fbpx
DUA cucu Ian bergambar bersama labu gergasi yang dibesarkan bersama kembarnya. - Foto Ollie Thompson/Solent News

Labu gergasi cipta 2 rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebiji labu gergasi  di Britain memecahkan bukan satu tetapi dua rekod dunia, lapor portal berita MailOnline.

Labu seberat 1,279 kilogram dan mempunyai ukuran lilit hampir 6.5 meter itu dimiliki oleh passangan kembar, Ian dan Stuart Paton, 64.

Gelaran itu disahkan selepas sesi penimbangan di Wargrave Nursery, Reading hujung minggu lalu.

Dua beradik dari Lymington, Hampshire itu  meluangkan masa enam jam setiap hari untuk  menjaga tanaman labu mereka di dalam rumah hijau bagi mengawal suhu dan mengoptimumkan pertumbuhan.

Labu itu mengambil masa 130 hari untuk membesar daripada sebesar bola golf sehingga ke saiz sekarang.

Ia mempunyai berat sama seperti dua ekor lembu jantan dan ‘minum’ lebih 473 liter setiap hari.

Labu itu malah ditemani perbualan dua kanak-kanak iaitu Etta Syrett (4 tahun) dan kakaknya Martha (7 tahun).

Rekod dunia untuk labu paling berat sebelum ini milik Travis Gienger. Dia menanam labu seberat 1,247 kilogram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI