fbpx
SEBUAH kargo berlabuh di Terminal Kontena Khor Fakkan dekat Selat Hormuz pada 28 Jun lalu. – AFP

Harga minyak dunia melonjak semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Harga minyak meneruskan peningkatan hari ini selepas Presiden  Donald Trump berkata bahawa gencatan senjata Amerika Syarikat(AS) dengan Iran berakhir dan mengarahkan serangan baharu ke atas negara itu susulan tindakan Tehran membedil kapal dagang  di Selat Hormuz.

Minyak mentah dunia melonjak semalam apabila Trump berkata, perjanjian damai rapuh antara Washington dan Tehran berakhir.

Washington juga membatalkan pengecualian sementara sekatan ke atas minyak Iran.

Kedua-dua kontrak utama melonjak sekitar lapan peratus, dengan minyak mentah penanda aras Brent melepasi AS$80 (RM326.44) setong buat kali pertama dalam tempoh dua minggu, mencetuskan kebimbangan baharu tentang lonjakan inflasi dan kesan buruk ekonomi.

Trump mengarahkan serangan baharu semalam dan memberi amaran tentang ‘ kesan yang jauh lebih buruk’  jika Tehran terus menyerang kapal di Selat Hormuz, di mana satu perlima bekalan minyak dunia melaluinya.

Ini adalah pembalasan untuk pengeboman kapal oleh Iran semalam,” katanya dalam catatan di laman Truth Social.

Bagaimanapun, Trump berkata, beliau menjangkakan peningkatan tindakan  ketenteraan terkini akan berakhir dengan cepat dan membiarkan pintu terbuka untuk lebih banyak rundingan diadakan. – AFP

 

.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN